Wednesday 6 December 2017

Pengalaman Hidup berniaga kecil-kecilan.

Dulu sekitar tahun 2012, saya tinggal dengan ibu-bapa di kampung ketika suami saya bertugas di Kuala Lumpur. Saya bertugas di Majlis Daerah Bau sebagai pelatih CBG di bawah skim Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Pada ketika itu, elaun yang diterima hanya RM920. Selepas ditolak potongan kwsp, tinggallah RM810. Walau bagaimanapun suami saya tidak pernah terlupa mengirim duit kepada saya setiap bulan sebanyak RM500. Kadang-kala dia akan memberi lebih daripada itu kepada saya. Itu yang saya hormat suami saya, dia nakal sebagaimana pun, dia tidak pernah lupa memberikan nafkah kepada saya dan anak. Dalam setahun, dia pulang sebanyak 2kali. Dia suka ke rumah mak ayah saya berbanding tinggal di rumah ibu-bapanya sendiri. Katanya, rumah kami lapang, kawasan besar, ada hutan yang sejuk dibelakang rumah, ada kolam ikan yang menenangkan. Kalau suami saya balik, dialah yang akan memasak menu yang canggih-canggih.

Seperti biasa elaun RM810 sememangnya tidak mencukupi. Apa yang saya lakukan untuk menambah pendapatan saya pada ketika itu ialah dengan menjual kerepek di sekolah. Saya juga menjual topup dan baju-baju melalui katalog. Saya juga menjual periuk dan peralatan dapur yang lain.

Kerepek yang paling laris kerana saya akan hantar ke sekolah di mana adik saya bersekolah. Setiap minggu saya bekalkan 3 beg berisi kerepek. Saya jual kerepek lidah buaya, kulit popia nestum, kulit popia sos, kerepek pasta dan pelbagai lagi. Cukup mudah menjana duit pada ketika itu.


Pada tahun 2013 pula, saya menjual Jamu Susuk Dara dan masa itu terkenal dengan sabun susu beras. Saya adakan kiosk kecil di tempat saya bekerja iaitu Pusat Internet 1Malaysia. Pada kali ini, saya tidak lagi menggoreng kerepek, tapi saya membeli secara borong dari pembekal dan saya menjual balik untuk mendapatkan keuntungan maksima. Saya juga menghadiri kursus keusahawanan dan saya telah memilih untuk membuat kraftangan. Saya menghasilkan "headband" buatan tangan. Tidak sukar untuk saya mencari pembekal pada ketika itu, rakan saya membekalkan headband kosong. Apa yang saya perlu lakukan cuma menghias, menampal, manjahit sedikit headband tersebut. Setelah itu, saya menghasilkan keronsang buatan tangan pula.

Saya bercadang pada ketika itu untuk membuat pinjaman bank dan membuka perniagaan franchise yang pada ketika itu saya rasakan saya sudah jatuh cinta dalam bidang perniagaan.

Ya, kalau saya tidak mendapat tawaran kerja pada tahun 2014, saya mungkin sehingga kini sudah di tahap Pengurus. Hihihi...

BAYAR HUTANG KERETA DENGAN AMBANK MELALUI MAYBANK2U

Saya rasa semua orang menghadapi masalah yang serupa iaitu "keliatan" membayar hutang pinjaman kereta. Bukan malas apa, kita beke...