Wednesday 10 January 2018

BAYAR HUTANG KERETA DENGAN AMBANK MELALUI MAYBANK2U

Saya rasa semua orang menghadapi masalah yang serupa iaitu "keliatan" membayar hutang pinjaman kereta. Bukan malas apa, kita bekerja di waktu pejabat. Bank juga dibuka ketika waktu pejabat. Takkan kita nak keluar dari pejabat pada waktu bekerja pula kan? Nak keluar sewaktu rehat makan tengahari pula, kita akan menghadapi kesesakan lalu-lintas, beratur panjanglah. Semua tu buat kerja kita jadi bertangguh. Jangan risau, saya telah lama membayar kereta secara atas talian. Kini saya nak kongsikan cara-cara yang betul dan mudah untuk kegunaan semua. Senang saja ye. Cara-caranya, lihat panduan berlangkah tersebut :

Login kepada www.maybank2u.com.my

LANGKAH 1 : PILIH TRANSFER




LANGKAH 2 : PILIH NEW INTERBANK FUND TRANSFER

LANGKAH 3 : PILIH BANK MANA KORANG NAK TRANSFER DUIT PEMBAYARAN KERETA




LANGKAH 4 : ISI BORANG MACAM SAYA ISI TU. MODE OF TRANSFER IALAH INTERBANK GIRO. TRANSACTION TYPE IALAH HIRE PURCHASE.






LANGKAH 5 : REQUEST TAC DARI HP KORANG







LANGKAH 6 : SEMAK STATUS "ACCEPTED"

LANGKAH 7 : SIMPAN RESIT PEMBAYARAN SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN

Mudah sahaja kan? Kongsi langkah ini dengan rakan-rakan anda yang menghadapi masalah yang sama.


Wednesday 6 December 2017

Pengalaman Hidup berniaga kecil-kecilan.

Dulu sekitar tahun 2012, saya tinggal dengan ibu-bapa di kampung ketika suami saya bertugas di Kuala Lumpur. Saya bertugas di Majlis Daerah Bau sebagai pelatih CBG di bawah skim Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Pada ketika itu, elaun yang diterima hanya RM920. Selepas ditolak potongan kwsp, tinggallah RM810. Walau bagaimanapun suami saya tidak pernah terlupa mengirim duit kepada saya setiap bulan sebanyak RM500. Kadang-kala dia akan memberi lebih daripada itu kepada saya. Itu yang saya hormat suami saya, dia nakal sebagaimana pun, dia tidak pernah lupa memberikan nafkah kepada saya dan anak. Dalam setahun, dia pulang sebanyak 2kali. Dia suka ke rumah mak ayah saya berbanding tinggal di rumah ibu-bapanya sendiri. Katanya, rumah kami lapang, kawasan besar, ada hutan yang sejuk dibelakang rumah, ada kolam ikan yang menenangkan. Kalau suami saya balik, dialah yang akan memasak menu yang canggih-canggih.

Seperti biasa elaun RM810 sememangnya tidak mencukupi. Apa yang saya lakukan untuk menambah pendapatan saya pada ketika itu ialah dengan menjual kerepek di sekolah. Saya juga menjual topup dan baju-baju melalui katalog. Saya juga menjual periuk dan peralatan dapur yang lain.

Kerepek yang paling laris kerana saya akan hantar ke sekolah di mana adik saya bersekolah. Setiap minggu saya bekalkan 3 beg berisi kerepek. Saya jual kerepek lidah buaya, kulit popia nestum, kulit popia sos, kerepek pasta dan pelbagai lagi. Cukup mudah menjana duit pada ketika itu.


Pada tahun 2013 pula, saya menjual Jamu Susuk Dara dan masa itu terkenal dengan sabun susu beras. Saya adakan kiosk kecil di tempat saya bekerja iaitu Pusat Internet 1Malaysia. Pada kali ini, saya tidak lagi menggoreng kerepek, tapi saya membeli secara borong dari pembekal dan saya menjual balik untuk mendapatkan keuntungan maksima. Saya juga menghadiri kursus keusahawanan dan saya telah memilih untuk membuat kraftangan. Saya menghasilkan "headband" buatan tangan. Tidak sukar untuk saya mencari pembekal pada ketika itu, rakan saya membekalkan headband kosong. Apa yang saya perlu lakukan cuma menghias, menampal, manjahit sedikit headband tersebut. Setelah itu, saya menghasilkan keronsang buatan tangan pula.

Saya bercadang pada ketika itu untuk membuat pinjaman bank dan membuka perniagaan franchise yang pada ketika itu saya rasakan saya sudah jatuh cinta dalam bidang perniagaan.

Ya, kalau saya tidak mendapat tawaran kerja pada tahun 2014, saya mungkin sehingga kini sudah di tahap Pengurus. Hihihi...

Wednesday 29 November 2017

Perlukah penceraian kerana kehadiran orang ketiga?

Penulisan saya ini adalah buat yang telah berumah tangga.

Rumah tangga ialah istana yang dibina oleh Tuhan. Pertemuan dan penyatuan 2 insan yang pernah mencintai dan sentiasa mencintai. Ribut badai menimpa bumi. Tanya diri, ribut badai mana yang tidak pernah menimpa bumi?

Kekecewaan, kesedihan, kesempitan duit, kecurangan, itu hanya perkara biasa. Itulah ujian. Hal ini kerana saya merupakan insan yang pernah ditimpa badai ribut onak berduri. Namun saya tanya diri saya balik. Perlukan bercerai?

Bagi saya, jika anda sayangkan anak-anak dan sedia memaafkan dengan pulangan pasangan anda sedia berubah, tidak salah sekiranya anda memaafkan. Terima, bina balik hubungan dan baiki perangai anda sendiri. Mesti ada kekurangan di dalam sifat anda yang menyebabkan pasangan anda bermasalah.

Anda mungkin melihat saya seperti lalang yang lembut dan mudah tumbang ditiup angin, namun saya sebenarnya seperti pokok yang kukuh berdiri. Tahan dek ribut.

Penceraian itu tidak perlu. Saya telah melihat sahabat handai saya yang pernah bercerai dan berkahwin semula. Pasangan baru mereka hanya dapat menerima anak-anak mereka untuk 4, 5 tahun. Kemudian, mereka merasakan anak-anak dari pasangan lama itu amat membebankan. Ini pengalaman ye. Bukan rekaan cerita semata-mata. Lagi pula, berkahwin baru untuk apa? Dah ada anak-anak penyambung nyawa, cukuplah. Berkahwin lagi seakan-akan cuma untuk melunaskan tuntutan nafsu yang tidak terbentung. Begitu sahaja? Perlukah nafsu itu dipenuhi? Sepatutnya berfikir dengan akal logik. Bukan nafsu.

Saya merupakan wanita yang berkerjaya. Sekiranya saya bercerai dan berkahwin lagi, apakah pasangan baru saya lebih baik atau lebih buruk dari pasangan saya sebelum ini? Tanya diri lagi.

Jangan membuat keputusan bercerai kerana ego sendiri. Masing-masing mau jadi pahlawan yang merasakan diri masih laku lalu mengikrarkan kata-kata "Aku ceraikan engkau!" atau "Ceraikan aku!"

"Saya ingin bercerai kerani suami saya ada wanita lain di luar sana dan mereka telah terlanjur." Baik, tanya diri sendiri dalam-dalam. Kenapa anda harus mengalah  kepada wanita yang bukan isteri kepada suami anda? Andalah yang sah di dalam perkahwinan. Anda ada sijil perkahwinan. Wanita yang sudah tidur dengan suami anda itu ibarat wanita murahan. Menyerah diri sebelum berkahwin. Betulkah suami anda cintakan perempuan itu? Kalau betul, tentu mereka telah berkahwin. Namanya juga lelaki, mudah digoda. Suami anda telah jatuh dalam godaan wanita tersebut tanpa rasa CINTA. Ya. Teruskan berjuang.

JANGAN BALAS DENDAM
Ingin saya ingatkan kepada mana-mana pasangan yang dicurangi. "Suami saya telah terlanjur dengan perempuan lain". "Saya pun nak tidur dengan lelaki lain!" Jangan....jangan! wahai wanita diluar sana. Jangan menjadikan diri anda setaraf dengan orang yang murahan. Sebaliknya jadikan diri anda wanita yang dihormati para lelaki. Lelaki suka perempuan yang cantik dan menggoda. TETAPI lelaki hormat akan wanita yang tahu menjaga maruah diri.

Perlu diingatkan, penceraian kerana kehadiran orang ketiga adalah tidak perlu. Teruskan hubungan anda dan baiki hubungan anda dengan pasangan anda. Kenapa dia memilih anda sebagai isterinya dahulu? Kerana dia merasakan andalah wanita tercantik di dunia ini. Dan kekalkanlah semua itu. Orang ketiga hanya watak antagonis di dalam cerita cinta kalian. Ingat, watak antagonis ni muncul sekejap sahaja.


Tanam Bunga Adenium Obesium

Purple Swamp

Red Dragon

Thursday 2 November 2017

Beli pokok bunga

Hujung minggu biasanya suami akan bawa saya ke pasar basah untuk membeli makanan basah sebabnya makanan di pasar basah jauh lebih segar. Kami akan membeli telur kerana telurnya lebih segar dan tahan lama. Kami juga akan membeli daging, ayam dan ikan untuk bekalan selama seminggu. Di pasar minggu juga kami akan membeli sayur-sayuran yang segar dan jarang ditemui seperti pucuk daun timun, Midin, rebung, umbut, dan ulam-ulaman. Tapi tidak terkecuali juga mata ini daripada melihat bunga-bunga segar. Jadi saya terjebak lagi dan beli lagi pohon bunga. 


Add caption


Anak Orkid RM18

Ada juga bunga mawar saya beli tapi lupa nak snap. Saya teringat lagi pada tahun 2012, saya akan ke pasar Serikin iaitu sempadan Malaysia dan Indonesia dan membeli Rose dari sana. Dulu saya ada pelbagai jenis Rose. Namun telah mati disebabkan tiada penjagaan ketika saya bertugas di tanah Malaya. Saya akan tambah koleksi lagi dari masa ke semasa.

Hobi menanam Portulaca Grandiflora/Moss Rose

Sejak tahun 2012 lagi saya memang minat menanam bunga. Pelbagai variasi bunga yang saya tanam namun sejak saya dipanggil bertugas di tanah Semenanjung, tidak ada orang yang memelihara bunga-bunga saya di halaman rumah saya. Kini, saya kembali menyemai rasa cinta itu. Bagi saya, memelihara Rose Moss ni adalah pilihan yang terbaik. 

Yang ni saya kutip dari tepi jalan berdekatan sekolah anak saya


Jenis Carnation saya beli dari penjual di Facebook. Yang ini Gula kapas

Ini Kuning

Oren Batik

Merah Batik

Oren

Putih Pink

Pink

Merah
Sebenarnya saya beli 12 jenis tapi yang berbunga hanya seperti gambar di atas. Ada juga saya minta keratan bunga ni dari rakan sekerja. Dapatla 7 jenis. Lepas tu saya beli baja dari penjual di FB. Dapat pula free 10 bunga Rose Jepun. Dek kerana minat, saya beli juga pasu bunga 20 biji. Yelah, dah simptoms emak-emak ni memang gini lah.

BAYAR HUTANG KERETA DENGAN AMBANK MELALUI MAYBANK2U

Saya rasa semua orang menghadapi masalah yang serupa iaitu "keliatan" membayar hutang pinjaman kereta. Bukan malas apa, kita beke...