Wednesday 29 November 2017

Perlukah penceraian kerana kehadiran orang ketiga?

Penulisan saya ini adalah buat yang telah berumah tangga.

Rumah tangga ialah istana yang dibina oleh Tuhan. Pertemuan dan penyatuan 2 insan yang pernah mencintai dan sentiasa mencintai. Ribut badai menimpa bumi. Tanya diri, ribut badai mana yang tidak pernah menimpa bumi?

Kekecewaan, kesedihan, kesempitan duit, kecurangan, itu hanya perkara biasa. Itulah ujian. Hal ini kerana saya merupakan insan yang pernah ditimpa badai ribut onak berduri. Namun saya tanya diri saya balik. Perlukan bercerai?

Bagi saya, jika anda sayangkan anak-anak dan sedia memaafkan dengan pulangan pasangan anda sedia berubah, tidak salah sekiranya anda memaafkan. Terima, bina balik hubungan dan baiki perangai anda sendiri. Mesti ada kekurangan di dalam sifat anda yang menyebabkan pasangan anda bermasalah.

Anda mungkin melihat saya seperti lalang yang lembut dan mudah tumbang ditiup angin, namun saya sebenarnya seperti pokok yang kukuh berdiri. Tahan dek ribut.

Penceraian itu tidak perlu. Saya telah melihat sahabat handai saya yang pernah bercerai dan berkahwin semula. Pasangan baru mereka hanya dapat menerima anak-anak mereka untuk 4, 5 tahun. Kemudian, mereka merasakan anak-anak dari pasangan lama itu amat membebankan. Ini pengalaman ye. Bukan rekaan cerita semata-mata. Lagi pula, berkahwin baru untuk apa? Dah ada anak-anak penyambung nyawa, cukuplah. Berkahwin lagi seakan-akan cuma untuk melunaskan tuntutan nafsu yang tidak terbentung. Begitu sahaja? Perlukah nafsu itu dipenuhi? Sepatutnya berfikir dengan akal logik. Bukan nafsu.

Saya merupakan wanita yang berkerjaya. Sekiranya saya bercerai dan berkahwin lagi, apakah pasangan baru saya lebih baik atau lebih buruk dari pasangan saya sebelum ini? Tanya diri lagi.

Jangan membuat keputusan bercerai kerana ego sendiri. Masing-masing mau jadi pahlawan yang merasakan diri masih laku lalu mengikrarkan kata-kata "Aku ceraikan engkau!" atau "Ceraikan aku!"

"Saya ingin bercerai kerani suami saya ada wanita lain di luar sana dan mereka telah terlanjur." Baik, tanya diri sendiri dalam-dalam. Kenapa anda harus mengalah  kepada wanita yang bukan isteri kepada suami anda? Andalah yang sah di dalam perkahwinan. Anda ada sijil perkahwinan. Wanita yang sudah tidur dengan suami anda itu ibarat wanita murahan. Menyerah diri sebelum berkahwin. Betulkah suami anda cintakan perempuan itu? Kalau betul, tentu mereka telah berkahwin. Namanya juga lelaki, mudah digoda. Suami anda telah jatuh dalam godaan wanita tersebut tanpa rasa CINTA. Ya. Teruskan berjuang.

JANGAN BALAS DENDAM
Ingin saya ingatkan kepada mana-mana pasangan yang dicurangi. "Suami saya telah terlanjur dengan perempuan lain". "Saya pun nak tidur dengan lelaki lain!" Jangan....jangan! wahai wanita diluar sana. Jangan menjadikan diri anda setaraf dengan orang yang murahan. Sebaliknya jadikan diri anda wanita yang dihormati para lelaki. Lelaki suka perempuan yang cantik dan menggoda. TETAPI lelaki hormat akan wanita yang tahu menjaga maruah diri.

Perlu diingatkan, penceraian kerana kehadiran orang ketiga adalah tidak perlu. Teruskan hubungan anda dan baiki hubungan anda dengan pasangan anda. Kenapa dia memilih anda sebagai isterinya dahulu? Kerana dia merasakan andalah wanita tercantik di dunia ini. Dan kekalkanlah semua itu. Orang ketiga hanya watak antagonis di dalam cerita cinta kalian. Ingat, watak antagonis ni muncul sekejap sahaja.


No comments:

Post a Comment

BAYAR HUTANG KERETA DENGAN AMBANK MELALUI MAYBANK2U

Saya rasa semua orang menghadapi masalah yang serupa iaitu "keliatan" membayar hutang pinjaman kereta. Bukan malas apa, kita beke...