Thursday 2 November 2017

Beli pokok bunga

Hujung minggu biasanya suami akan bawa saya ke pasar basah untuk membeli makanan basah sebabnya makanan di pasar basah jauh lebih segar. Kami akan membeli telur kerana telurnya lebih segar dan tahan lama. Kami juga akan membeli daging, ayam dan ikan untuk bekalan selama seminggu. Di pasar minggu juga kami akan membeli sayur-sayuran yang segar dan jarang ditemui seperti pucuk daun timun, Midin, rebung, umbut, dan ulam-ulaman. Tapi tidak terkecuali juga mata ini daripada melihat bunga-bunga segar. Jadi saya terjebak lagi dan beli lagi pohon bunga. 


Add caption


Anak Orkid RM18

Ada juga bunga mawar saya beli tapi lupa nak snap. Saya teringat lagi pada tahun 2012, saya akan ke pasar Serikin iaitu sempadan Malaysia dan Indonesia dan membeli Rose dari sana. Dulu saya ada pelbagai jenis Rose. Namun telah mati disebabkan tiada penjagaan ketika saya bertugas di tanah Malaya. Saya akan tambah koleksi lagi dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

BAYAR HUTANG KERETA DENGAN AMBANK MELALUI MAYBANK2U

Saya rasa semua orang menghadapi masalah yang serupa iaitu "keliatan" membayar hutang pinjaman kereta. Bukan malas apa, kita beke...